Program Kempen Internet Selamat Di Jota Joti Persekutuan Pengakap Malaysia Di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol
18 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini17 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti satu Program Kempen Internet Selamat Di Jota Joti Persekutuan Pengakap Malaysia di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini merupakan salah satu inisiatif memperkasakan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pelajar dan guru di Negeri Sembilan.
Seramai 300 orang pengakap Stesen Daerah Jempol bersama guru pengiring telah menyertai Taklimat Kempen Internet Selamat ini. Kempen ini bertujuan mendidik warga sekolah tentang kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab. Pelbagai pengisian interaktif dijalankan termasuk ceramah, kuiz keselamatan digital serta pembukaan booth Kempen Internet Selamat dan NADI bagi memeriahkan program tersebut.
Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai ancaman di alam maya serta langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada risiko penipuan, buli siber, dan salah guna maklumat. Kempen ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kerjasama antara guru dan pelajar dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran digital yang lebih positif dan selamat.
⭐ Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama ⭐
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: